Selasa, 7 Februari 2012

 Assalamualaikum buat semua dan saya amat bersyukur kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya dapat saya berkongsi sedikit erti kehidupan yang mungkin selama ini kita tidak sedar @ terlepas pandang..

 Saya merasakan diri saya amat bertuah kerana berjuta makhluk Allah di muka bumi saya dipilih oleh tuhan maha pencipta untuk menerima dugaan yang hebat seumur hidup saya.Ketentuan dari-Nya saya menerima ujian dimana saya dan suami tercinta mengalami kemalangan jalanraya yang agak teruk serta mengubah nasib kami berdua.Rentetan daripada kemalangan tersebut saya menerima cuti sakit yang panjang iaitu selama 2 tahun.Saya percaya setiap kejadian yang menimpa kita terselit seribu hikmah yang tidak dapat kita rasa,lihat dan jangkakan.
  
 Saya mengambil peluang dengan sebaik-baiknya untuk melakukan sesuatu perkara yang mana sebelum ini saya tidak dapat melakukan semasa saya sihat tubuh badan.Kekangan masa yang sentiasa membelenggu kehidupan saya membuatkan banyak perkara yang saya abaikan tanpa saya sedari..AKHIR nya dugaan yang saya hadapi sekarang membuka banyak ruang dengan seluas-luasnya untuk saya memperbaiki diri saya dan sentiasa menghargai erti kehidupan bersama-sama insan yang paling saya sayangi...

  Bertitik tolak daripada itu timbul satu hobi yang membuatkan hidup saya lebih ceria dan gembira iaitu membuat kek dan pastri.Saya mula jatuh cinta dengan hobi baru ini dan bertekad untuk meneruskan tanpa perlu saya menoleh dibelakang lagi.

Banyak isu halal haram diperkatakan di sana sini mengenai produk makanan terutamanya bahan-bahan kek.Saya tidak boleh membayangkan sekiranya keluarga,sahabat dan orang diluar sana terutamanya yang beragama islam memakan benda yang tidak halal..

Saya bertekad untuk mendalami ilmu membuat kek dan pastri merata-rata tempat dan alhamdulilah saya dibimbing oleh mentor2 saya yang sangat hebat...Semoga Allah dapat membalas segala kesungguhan dan kesabaran dalam mencurahkan ilmu kepada saya..